Home » PENSYARAH

Category Archives: PENSYARAH

TAKLIMAT LI & SIEP KEPADA PELAJAR PENGAJIAN WARISAN TAHUN 4 (SEMESTER 7)

Tahniah & Terima Kasih kepada pelajar PW Tahun 4 Semester 7 yang hadir. Terima kasih juga kepada Dr Khairul (TDA), Dr Zukeri, Hj Fauzi (KJ PW) & Cik Zura yang sediakan dokumen berkaitan & tempah ruang.

Penyelaras LI FTKW UMK

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW sedang berbincang dengan Dr Khairul Azhar, Timbalan Dekan (Akademik), FTKW, UMK berkaitan SIEP.

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW khusyuk mendengar Taklimat Latihan Industri oleh Hj Fauzi Ab Llah, Penyelia Latihan Industri pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian, FTKW, UMK

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW khusyuk mendengar Taklimat Latihan Industri oleh En Ahamad Tarmizi Azizan, Penyelaras Latihan Industri FTKW, UMK

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW khusyuk mendengar Taklimat Latihan Industri oleh En Ahamad Tarmizi Azizan, Penyelaras Latihan Industri FTKW, UMK

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW khusyuk mendengar Taklimat SIEP (Students In Enterprise Program) oleh Dr. Khairul Azhar Mat Daud, Timbalan Dekan (Akademik), FTKW, UMK

image

Pelajar Tahun 4 Semester 7 PW khusyuk mendengar Taklimat Latihan Industri oleh En Ahamad Tarmizi Azizan, Penyelaras Latihan Industri FTKW, UMK

ISU PEMBANGUNAN PROJEK DI INDUSTRI

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PROJEK DI INDUSTRI

Pelajar yang sedang dan akan menjalani Program Latihan Industri adalah diWAJIBkan untuk menyedia dan membangunkan satu projek semasa dan sepanjang tempoh menjalani Program Latihan Industri seperti GARIS PANDUAN berikut:

1) Menyedia dan membangunkan 1 projek khas
2) Projek dibangunkan sepanjang tempoh LI
3) Projek yang dibangunkan hendaklah berkaitan dan relevan dengan bidang pengajian pelajar di FTKW, UMK
4) Jenis dan bentuk projek hendaklah dipersetujui oleh Penyelia Syarikat (PS) & Penyelia Fakulti (PF).
6) Pelajar perlu sediakan dan buat laporan perkembangan status semasa pembangunan projek kepada PS & PF, khasnya semasa lawatan PF
7) Tertakluk kepada arahan yang akan diberikan kepada pelajar dari masa ke semasa.

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk:
1) Mempastikan pelajar belajar proses dan prosedur penyediaan dan pembangunan projek di industri secara sistematik
2) Mengenalpasti masalah dan membuat penyelesaian semasa dalam industri dalam situasi sebenar yang melibatkan pengurusan, pentadbiran dan pelanggan.
3) Menyediakan laporan projek dan Program LI secara sistematik dan mudah kerana kemungkinan pelajar akan menjalankan pelbagai tugasan dan kerja semasa di industri.
4) Mendalami ilmu dan kemahiran berkaitan bidang pengajian secara sistematik di industri dalam situasi sebenar.

PEMBANGUNAN PROJEK DI INDUSTRI

Projek yang dimaksudkan adalah satu (1) tugasan khusus berkaitan bidang pengajian anda. Bagi membangunkan projek seharusnya dimulakan dengan proposal projek cadangan, anggaran kos, tempoh pembangunan projek, proses pembangunan projek, kepentingan, kegunaan, kumpulan sasar, rujukan dll yang berkaitan. Jika dah diluluskan oleh penyelia, pelajar selanjutnya bangunkan projek dengan nasihat dan bimbingan penyelia dan tenaga mahir dan pakar di industri dan pastikan produk dapat disiapkan mengikut time frame dan tempoh yang ditetapkan. Setelah siap produk, pelajar selanjutnya menyediakan laporan pembangunan projek yang boleh dimasukkan ke dalam laporan Latihan Industri yang wajib diserahkan pada akhir LI sewaktu kembali ke kampus.

CADANGAN JENIS DAN BENTUK PROJEK

1) Tertakluk kepada persetujuan antara PS-PF-Pelajar.
2) Berkaitan dan relevan dengan bidang pengajian pelajar di FTKW, UMK
3) Pembangunan Projek PP1 & PP2 boleh dijadikan projek ini.

Contoh Cadangan Projek:

1) Multimedia – Pembangunan CD /DVD Interaktif atau animasi atau video korporat
2) Komunikasi Visual – Pembangunan Papan Tanda / Billboard dll bagi satu organisasi / agensi
3) Rekabentuk Produk – Pembangunan Set Bilik Tidur / Kenderaan Pelbagaiguna OKU
4) Fesyen & Tekstil – Pembangunan Koleksi Fesyen & Tesktil Berkonsepkan Kontemporari

RUJUK PENYELIA MASING- MASING BERKAITAN CADANGAN BENTUK PROJEK

Cadangan saya gunakan Produk yang hendak dibangunkan dalam PP1 & PP2 sebagai projek yang akan dibangunkan semasa tempoh LI.

Sekian, terima kasih.

PENYELARAS LI FTKW, UMK

KEMASKINI MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI PERINGKAT I

SALAM SEJAHTERA,

SEMUA PELAJAR TAHUN 4 SEMESTER SEPTEMBER 2012 YANG SEDANG DAN AKAN MENJALANI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DIARAHKAN UNTUK MENGHANTAR EMEL SECARA RASMI BERKAITAN PENEMPATAN MASING-MASING DI INDUSTRI / ORGANISASI / AGENSI SEPERTI BERIKUT:

  • Maklumat Industri / Organisasi / Agensi tempat Latihan Industri dijalankan yang merangkumi butiran seperti berikut:
  1. Nama Penuh Pelajar dan no. matrik, jawatan, no tel, emel
  2. Nama Penuh Penyelia dan jawatan, no tel, emel
  3. Nama Industri / Organisasi / Agensi /Jabatan /Bahagian / Unit tempat Latihan Industri dijalankan
  4. Tarikh Daftar Diri
  5. Projek yang akan dibangunkan semasa Latihan Industri
  6. Relevansi tempat latihan dengan bidang pengajian
  7. Relevensi tempat latihan dengan kajian Projek Penyelidikan I dan Projek Penyelidikan II
  8. Lain-lain maklumat yang berkaitan

KEGAGALAN MANA-MANA PELAJAR MENGAMBIL TINDAKAN INI AKAN DIBINCANG DAN DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT LATIHAN INDUSTRI YANG AKAN DIADAKAN.

SEHUBUNGAN ITU, SEMUA PELAJAR DIINGATKAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA BERHUBUNG PERKARA INI DENGAN MENGHANTAR MAKLUMAT KEMASKINI YANG TERKINI PADA ATAU SEBELUM 17 SEPTEMBER 2012 KE EMEL RASMI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI FTKW, UMK SEPERTI DI BAWAH:

li.ftkw@gmail.com

SEKIAN,

PENYELARAS LI FTKW, UMK 2012

ISU PELAJAR MEMOHON PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

ARAHAN KEPADA PELAJAR

MANA-MANA PELAJAR YANG MEMOHON PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI HENDAKLAH MENDAPAT PENGESAHAN SECARA BERTULIS DARIPADA PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI FTKW 2012 SAMADA SECARA EMEL ATAU SURAT RASMI.

SEBARANG PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI TANPA PENGESAHAN DAN KELULUSAN DARIPADA PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI FTKW 2012 DAN KEBENARAN PENYELIA DI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI DILAKSANAKAN ADALAH TIDAK DIBENARKAN DAN TIDAK DILULUSKAN.

SEKIRANYA DIDAPATI MANA-MANA PELAJAR YANG MELAKUKAN TINDAKAN INI TANPA PENGESAHAN DAN KELULUSAN DARIPADA PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI FTKW 2012 DAN KEBENARAN PENYELIA DI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI DIJALANKAN, PIHAK FAKULTI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL DAN PELAJAR BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB / DISIPLIN KERANA MELANGGAR ARAHAN FAKULTI DAN UNIVERSITI.
ANTARA SEBAB SESUATU PERMOHONAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK DILULUSKAN ADALAH ATAS FAKTOR KESELAMATAN PELAJAR.

SEHUBUNGAN ITU, BAGI MANA-MANA PELAJAR YANG SEDANG DAN AKAN MENJALANI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI ADALAH DIARAHKAN UNTUK MENGHANTAR SECARA RASMI PERMOHONAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI SECARA EMEL DAN SURAT RASMI KEPADA :

AHAMAD TARMIZI AZIZAN, DSP/KS
Penyelaras Latihan Industri
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Beg Berkunci 01
16300 Bachok Kelantan
Tel : 09 – 779 7286 (talian terus) / 09 779 7200 sambungan (7526)
Faks : 09 – 779 7262
HP : 019 9869419
Emel Rasmi Latihan Industri : li.ftkw@gmail.com
Emel Rasmi Staf UMK : tarmizi@umk.edu.my
Blog Latihan Industri FTKW : http://liftkw.wordpress.com/

SALINAN / cc KEPADA ;

  1. Cik Zuraihah bt Muhd Zuhari, Setiuasaha Program Latihan Industri FTKW, UMK
  2. Penyelia Latihan Industri di FTKW, UMK (mengikut bidang pengajian)
  3. Penyelia Latihan Industri di Syarikat / Organisasi / Agensi

SEBARANG PERMOHONAN SECARA TIDAK RASMI DAN TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIAMBIL TINDAKAN LANJUT DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

BERIKUT ADALAH ANTARA FAKTOR YANG MEMBOLEHKAN PERMOHONAN PELAJAR DAPAT DIPERTIMBANGKAN UNTUK TINDAKAN LANJUT:

  • Setiap permohonan hendaklah disertakan Surat / Dokumen Perakuan dan Pengesahan secara bertulis daripada pihak industri di mana tempat pelajar sedang menjalani Latihan industri pada ketika ini. Surat / Dokumen Perakuan dan Pengesahan secara bertulis daripada pihak industri ini hendaklah disertakan / dilampirkan dalam emel / surat yang dihantar kepada fakulti (Penyelaras LI FTKW, UMK).
  • Menyatakan butiran yang LENGKAP dalam surat permohonan anda meliputi perkara-perkara berikut:
  • Butiran Lengkap Maklumat Tempat Latihan Industri di mana pelajar sedang menjalani Latihan Industri pada masa kini, termasuk
  1. Nama Penyelia Syarikat (PS) pelajar di industri pada masa ini
  2. Jawatan Penyelia Syarikat
  3. Alamat Penuh Syarikat
  4. Emel Penyelia Syarikat (PS) & Syarikat, No. Tel. (Bimbit, Pejabat & Faks) yang boleh dihubungi
  5. Lain-lain maklumat penting yang berkaitan
  • Butiran Lengkap bagi Setiap Pelajar yang memohon, termasuk
  1. Nama Penuh pelajar termasuk No. Matrik, Semester Pengajian
  2. Nama Penyelia Fakulti (PF)
  3. Program & Bidang Pengajian
  4. Emel, No. Tel. (Bimbit, Pejabat & Faks) yang boleh dihubungi
  5. Alamat Penuh tempat pelajar menjalani Latihan industri pada masa kini.
  6. Sebab permohonan penukaran tempat LI
  7. Tarikh Mula Menjalani Latihan Industri di Syarikat Semasa
  8. Lain-lain maklumat penting yang berkaitan
  • Butiran Lengkap Tempat Latihan Industri BARU yang dicadangkan, termasuk
  1. Nama Penyelia Baru
  2. Alamat Penuh dan Lengkap tempat LI baru
  3. Jawatan Penyelia Baru
  4. Emel, No. Tel. (Bimbit, Pejabat & Faks) yang boleh dihubungi
  5. Status permohonan baru samada, Telah Dihubungi / Telah Diterima atau Sebaliknya atau Belum lagi diambil apa-apa tindakan.
  6. Satus permohonan / perkara ini TELAH atau BELUM dibincangkan dengan PF.
  7. Tarikh Cadangan Mula Menjalani Latihan Industri di Syarikat Baru
  8. Lain-lain maklumat penting yang berkaitan
  • Surat permohonan MESTI ditandatangani oleh pelajar sendiri.

PERINGATAN PENTING

  1. MANA-MANA PELAJAR YANG MEMOHON PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMUA ISU YANG TIMBUL SELEPAS PERMOHONAN DILULUSKAN SEPERTI LOGISTIK DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI TERSEBUT.
  2. PERMOHONAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI DI LOKASI BARU SECARA BERSENDIRIAN ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI ATAS FAKTOR LOGISTIK, KESELAMATAN DAN MENYUKARKAN PROSES LOGISTIK BAGI SESI PEMANTAUAN OLEH PENYELIA FAKULTI DAN PENSYARAH PELAWAT.
  3. PERMOHONAN PENUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI TIDAK DIBENARKAN DILAKUKAN SELEPAS 20 SEPTEMBER 2012, KECUALI ATAS FAKTOR KESELAMATAN DAN KES KHAS.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENYELARAS LI FTKW, UMK 2012

CONTOH SURAT PERMOHONAN PELAJAR & SURAT PENGESAHAN / PERAKUAN DARIPADA INDUSTRI

This slideshow requires JavaScript.

PINDAAN MASA TAKLIMAT LI PW SEMESTER 4

SALAM SEJAHTERA, PENGUMUMAN PADA 5 September 2012 at 7:23 am BERKAITAN TAKLIMAT LI KEPADA PELAJAR PENGAJIAN WARISAN SEMESTER 4 DIRUJUK:

MASA PROGRAM TAKLIMAT TERSEBUT TELAH DIPINDA SEPERTI BERIKUT:

TARIKH   : 11 September 2012

MASA      : 12:00 TGH

TEMPAT : AUDITORIUM (DK)
                   UMK Kampus Bachok.

PROGRAM PENGISIAN MAKLUMAT LI PELAJAR PENGAJIAN WARISAN SEMESTER 4 MASIH KEKAL SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN SEBELUM INI.

TARIKH   : 19 September 2012
MASA      : 12:00 TGH
TEMPAT : AUDITORIUM (DK)
                   UMK Kampus Bachok.

SEMUA PELAJAR PENGAJIAN WARISAN DIWAJIBKAN HADIR.

SEBARANG PERUBAHAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN AKHIR.

SILA RUJUK CIK ZURAIHAH BAGI MAKLUMAT TERKINI

PENGUMUMAN TERKINI ISU PENANGGUHAN TARIKH MULA LI

Salam sejahtera, berdasarkan perbincangan antara saya dengan Dekan hari ini (7 Sept 2012), program G2g Fasa 2 untuk semua pelajar Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 akan ditetapkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, semua pelajar Tahun 4 yang akan menjalani LI mulai 9 atau 10 Sept 2012 (Peringkat 1) & 16 atau 17 Sept 2012 (Peringkat 2) dikehendaki meneruskan perancangan masing2 berdasarkan arahan yang diterima drpd fakulti sebelum saya dilantik sebagai Penyelaras LI FTKW.

SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS SEMUA PELAJAR TELAH MENDAPATKAN TEMPAT & MULA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI SYARIKAT YANG DITETAPKAN.

SILA TUNGGU PENGUMUMAN LANJUT DARI MASA KE SEMASA MENERUSI BLOG / LAMAN LI, EMAIL, & GROUP FB INI.

TK

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.